My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 16 May 2017

    Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tolak Usul Daripada DAP



    Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar hari ini menolak usul yang dibentangkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Datuk Seri Wong Soon Koh untuk menarik balik dakwaan kebankrapan terhadap bekas ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon. 

    Chong, yang juga Pengerusi DAP Sarawak, mahu Wong meminta maaf kerana telah mengelirukan Dewan yang mulia itu.

    Jumaat lepas, Wong membentangkan usul yang diluluskan oleh DUN Sarawak untuk melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai ADUN, mendakwa beliau mempunyai dua kerakyatan dan juga diisytiharkan muflis sebanyak dua kali di Australia pada 23 Jun 2016 dan 11 Sept 2012.

    Mohamad Asfia ketika menolak usul daripada Chong itu berkata perbahasan usul itu adalah tidak relevan kerana Dr Ting tidak berada di dalam Dewan untuk menjawab apa-apa isu yang mungkin timbul.

    Beliau berkata Dr Ting hilang kelayakan kerana telah melanggar peraturan kelayakan yang menyatakan bahawa seseorang itu hilang kelayakan untuk dipilih menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri sekiranya beliau, antara lain, telah memperoleh secara sukarela kewarganegaraan atau menjalankan hak kerakyatan di mana-mana negara di luar Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tolak Usul Daripada DAP Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top