My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 17 May 2017

    Mesyuarat Khas SPR Bincang PRK DUN Pujut



    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan semua perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, Jumaat ini. 

    Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pihaknya hari ini telah menerima surat pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung kekosongan kerusi DUN Pujut ekoran pelucutan penyandangnya, Dr. Ting Tiong Choon. 

    “Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada 19 Mei ini, pukul 9 pagi bertempat di Ibu pejabat SPR di Putrajaya. “Mesyuarat khas itu akan membincangkan semua perkara berkaitan urusan PRK DUN N.74 Pujut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Pada 12 Mei lalu, DUN Sarawak telah meluluskan usul melucutkan kelayakan Tiong Choon sebagai wakil rakyat dari DAP kerana mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mesyuarat Khas SPR Bincang PRK DUN Pujut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top