Tidak kira apa jua lapisan masyarakat, filem-filem karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee akan sentiasa segar dalam ingatan terutamanya filem-filem yang mempunyai unsur komedi. Walaupun filem-filem berkenaan kerap kali ditayangkan di kaca televisyen sehinggakan setiap butir dialog dalam filem-filem berkenaan sudah dihafal, namun penangannya tetap tidak menjemukan masyarakat.
Antara filem yang mala segar dalam ingatan adalah filem Madu Tiga yang dilakonkan oleh Allahyarham sendiri sebagai Encik Jamil, Seniwati Sarimah, Allahyarham Ahmad Nisfu dan ramai lagi. Paling diingati adalah helah Encik Jamil yang sanggup membalutkan dirinya kononnya dia terlibat dalam kemalangan hanya untuk menipu kedua orang isterinya.
![]() |
Lim Guan Eng dilihat membalut tangan kirinya |
Memang benar, terdapat masalah sedikit pada tangan Guan Eng namun ianya hanya melibatkan jari kelingking sahaja. Menurut laporan, jari kelingkingnya di bedah semalam namun, apa yang melucukan, hasil daripada pembedahan berkenaan, pergelangan tangannya di balut, seolah-olah pergelangan tangannya pula telah dibedah baru-baru ini.
Helah ini dapat dibaca setelah meneliti beberapa keping gambar yang tular di laman sosial semalam. Pada satu ketika, Lim Guan Eng membalut tangan kirinya. Namun dalam sekeping gambar yang diterbitkan oleh KiniTV, Guan Eng dilihat membalut tangan kanannya pula. Apa helah Guan Eng sebenarnya?
![]() |
Lim Guan eng membelek pula tangan kanannya yang berbalut |
Apa pun buat Lim Guan Eng, semoga cepat sembuh dan semoga berjaya meraih simpati di kalangan penyokong tegarnya. Kesiankan? Oh Kesian...
Berikut merupakan video yang dipetik dari KiniTV yang memaparkan "kesakitan" yang ditanggung Lim Guan Eng
0 comments:
Post a Comment