Banyak bayangan yang sedang berlegar di dalam minda pengamal politik negara mengenai apa yang mungkin akan berlaku pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang. Ramai yang beranggapan, Pilihan Raya Umum kali ini bakal menyaksikan bagaimana kaum Melayu menentukan nasib dan hala tujunya memandangkan hari ini, undi kaum Melayu terpecah kepada 6 bahagian.
Namun begitu, mungkin ada yang terlepas pandang apabila menceritakan kecenderungan calon-calon yang bakal bertanding pada kali ini. Di pihak pembangkang, sudah pasti muka-muka lama seperti Lim Kit Siang, Datin Seri Wan Azizah dan ramai lagi akan kekal bertanding di semua kerusi yang mereka menangi pada Pilihan Raya Umum yang lalu.
Lim Kit Siang sebagai contoh, seorang ahli politik yang cukup veteran dan kerap kali melompat antara satu kerusi ke satu kerusi yang lain hanya untuk memastikan kerusinya di Parlimen terjamin. Dia sudah tidak memperdulikan untung nasib penduduk yang diwakilinya. Apa yang dia pentingkan hanyalah jawatan dan gaji yang diterimanya selaku Ahli Parlimen.
Sesuai dengan matlamat Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mahu melihat Barisan Nasional di remajakan pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti, MCA mengambil pendekatan untuk mengetengahkan calon-calon muda yang dilihat mampu bekerja dengan lebih agresif dan mempunyai visi yang jauh kehadapan.
Tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat beberapa orang calon senior yang mungkin akan menjadi calon bagi pihak MCA pada Pilihan Raya Umum itu nanti. Namun, atas inisiatif dan visi yang lebih jauh, MCA pasti mahu barisan calon mudanya mampu memenangi kerusi yang mereka tandingi dan seterusnya menjadi pemimpin pelapis kepada pemimpin yang sedia ada pada hari ini.
Inilah inisiatif tambahan yang dilaksanakan MCA bagi memenangi semula hati pengundi Cina. MCA bukan seperti DAP yang masih mempertaruhkan kuda tua yang sering kali lesap dari kawasannya seperti Lim Kit Siang untuk menjadi calon. MCA mahukan semua calon-calon yang diletakkan, mempunyai hubungan yang rapat dengan para pengundi.
Bukan satu perkara yang mustahil sekiranya MCA mampu merampas kembali beberapa kerusi yang dimenangi oleh pembangkang menerusi pendekatan memperkenalkan calon-calon muda yang diyakini mampu bertindak lebih agresif, komprehensif serta mampu berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih cemerlang.
0 comments:
Post a Comment