My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 25 May 2017

    Enam Lagi Geng Bogel Didakwa



    Empat individu termasuk seorang sukarelawan wanita kem motivasi di Selesa Hill Homes Resort, Bukit Tinggi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan bersubahat sama-sama berkelakuan lucah. 

    Mereka ialah Brendon Yong Weng Siang, Yong Kar Men (wanita), Chang King Hun dan Gan Wee Loon. Tiga tertuduh berumur 25 tahun kecuali Wee Loon berusia 26 tahun. Keempat-empat tertuduh itu membuat pengakuan tidak bersalah ketika pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Khairuddin Anhar Mahmud.

    Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersubahat mendatangkan kegu­saran kepada Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Selesa Hill Homes Resort, Rozzana Chung Abdullah dengan berkelakuan lucah dalam permainan membuat garisan terpanjang menggunakan pakaian peserta kem.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di padang permainan resort itu pada pukul 5.30 petang, 21 Ja­nuari lalu. Bagaimanapun, semasa kejadian keempat-empat tertuduh itu tidak berbogel.

    Mereka didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

    Dalam pendakwaan berasingan, dua lagi peserta program kem motivasi berkenaan, Cheong Zhe Hou, 23, dan Zoey Chai Yuen Fei, 21, turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan berbogel pada hari, masa dan tempat yang sama.

    Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menye­rahkan pasport mereka kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai. Mahkamah menetapkan 30 Jun ini untuk sebutan semula kes.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Enam Lagi Geng Bogel Didakwa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top