My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 12 May 2017

    ‘Saya Tidak Sesekali Berniat Jahat’



    Seorang pengguna jalan raya yang terlibat dalam pergaduhan dengan jemaah Surau Austin Perdana di sini pada minggu lalu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam dalam satu pertemuan yang diadakan di pejabat Agama Islam Johor di sini semalam. 

    Pengakuan Toh Chai Eun, 28, dibacakan oleh wakilnya, Mahadzir Abu Said. Chai Eun antara lain menyatakan harapannya agar kes yang menjadi viral itu dapat diselesaikan. “Saya tidak sesekali berniat jahat atau ingin menyinggung perasaan sesiapa dengan membunyikan hon kereta.

    “Apa yang berlaku pada waktu itu, saya telah terperangkap dalam kesesakan dan mahu menyelesaikan urusan penting. Hal itu menyebabkan kereta saya diserang dan dirosakkan selain saya juga mengalami kecederaan,” katanya.

    Dalam pertemuan itu, hadir bersama abangnya, Toh Chai Chung, 30, dan disertai ahli jawatankuasa surau terbabit. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Mutalip Abdul Rahim dan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut.

    Menurut Chai Eun, akibat insiden itu, dia mengalami cedera pada leher, kaki dan badan sehingga membataskan pergerakan serta percakapannya. “Saya juga berharap semua pihak tidak lagi memanjangkan isu ini.

    “Diharap selepas kenyataan ini, tiada lagi ulasan dan cerita mengenai kejadian tersebut di media yang bertujuan menghasut rakyat dan menjejaskan perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian negara,” ujarnya dalam nada kesal.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘Saya Tidak Sesekali Berniat Jahat’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top