DUA maut selepas jambatan di sebatang sungai di Goa, India, runtuh kerana tidak dapat menampung berat orang ramai yang datang untuk melihat usaha menyelamat seorang wanita cuba membunuh diri, semalam.
Menurut Reuters, ketika kejadian dikatakan ada kira-kira 50 orang di atas jambatan besi era Portugis menghubungkan dua kampung yang ditutup sejak empat tahun lalu. Menurut indianexpress, Pasukan penyelamat mencari wanita yang terjun mahu membunuh diri itu kemudian menemui dua mayat dalam Sungai Sanvordem yang dikatakan banyak buaya itu.
Seramai 12 lagi cedera dalam kejadian itu. Namun, laporan tidak menyebut mengenai nasib wanita yang terjun mahu membunuh diri itu. Menurut polis, pihaknya meminta bantuan penyelam tentera laut bagi mencari mangsa lain, termasuk dua yang disahkan masih hilang.
0 comments:
Post a Comment