My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 12 May 2017

    Final Zidane Lawan Bekas Kelab



    ZINEDINE Zidane menegaskan perasaannya tidak berbelah bahagi selepas membawa Real Madrid ke final Liga Juara Juara (UCL) kali kedua berturut turut. Skuadnya akan bertemu bekas kelab lamanya Juventus pada 3 Jun depan. 

    Real berdepan asakan babak pertama menentang musuh setempat Atletico Madrid sebelum mara dengan kemenangan agregat 4-2 biarpun tewas 2-1 pada separuh akhir kedua, awal pagi ini. Zidane meninggalkan juara Itali itu dengan rekod dunia perpindahan menyertai Real sebagai pemain pada 2001.

    "Sudah tentu ia istimewa kerana ia kelab penting kepada saya ketika menjadi pemain. Ia juga kelab memberikan saya segala galanya," kata Zidane.

    "Saya sekarang berada bersama Real Madrid kelab kehidupan saya dan final pasti hebat." Jaringan hatrik separuh akhir pertama Cristiano Ronaldo terbukti berharga menyaksikan Real mengenepikan Atletico untuk empat musim berturut turut daripada UCL.

    Atletico mendahului melalui tandukan Saul Niguez dan sepakan penalti Antoine Griezmann sebelum jaringan Isco di tempat lawan menyelesaikan masalah Real untuk mendapatkan kelebihan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Final Zidane Lawan Bekas Kelab Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top