My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 28 October 2016

    Demi Menyekat BERSIH, Kami Sanggup Bermandikan Darah - Jamal



    Pertembungan antara Gerakan Baju Merah yang diketuai oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dengan gerakan BERSIH yang diketuai oleh Maria Chin Abdullah, sentiasa panas dan akan diberi perhatian oleh kesemua pengikut mereka.

    Ini dibuktikan dengan kehadiran ribuan hadirin dalam satu perjumpaan yang di aturkan oleh Datuk Seri Jamal bersama-sama ahli UMNO di Ibu Pejabat UMNO di Shah Alam, semalam. Perjumpaan semalam adalah untuk mengukuhkan iltizam mereka dalam menyekat kemaraan himpunan BERSIh yang bakal diadakan pada 19 November nanti.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Jamal semasa ditemubual oleh para wartawan semalam, beliau menegaskan, tidak kurang dari 300 ribu orang akan berhimpun bersamanya pada tarikh berkenaan bagi menyekat kemaraan dan menggagalkan cubaan Maria untuk menjayakan himpunan BERSIH 5 nanti.

    Beliau berkata, kesemua mereka yang bakal hadir kelak adalah atas kesedaran, sukarela dan tanggungjawab mereka memelihara sistem demokrasi negara yang telah diamalkan di negara ini dan sekaligus menolak sebarang usaha jahat BERSIH untuk menghasut rakyat supaya menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang.

    Ujar beliau lagi, perjuangan membenteras gerakan penderhakaan seperti ini adalah keutamaan Baju Merah dan dengan tegas beliau menegaskan, ahli Gerakan Baju Merah sanggup bermandi darah asalkan dapat menyekat dan menghancurkan niat jahat BERSIH yang mahu memporak perandakan keamanan dan sistem demokrasi negara.

    Namun begitu, ianya bukan bermakna pertembungan Gerakan Baju Merah dan BERSIH pada 19 November nanti bakal menyajikan pertumpahan darah sesama mereka. Apa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Jamal adalah, mereka sanggup bermandi darah sendiri (menggadai nyawa) demi mempertahankan negara, bukan mahu mencetuskan pergaduhan besar-besaran dengan BERSIH di jalanan.

    Dalam majlis yang sama, beliau mengesahkan telah mengemukakan permohonan kepada pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka, Padang Merbok, dan kawasan sekitarnya pada 19 November nanti. Ianya disifatkan oleh ramai pihak sebagai benteng manusia dalam menyekat kemaraan BERSIH dari menghampiri lokasi berkenaan kelak.

    Mengulas tentang hal ini, Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang turut hadir dalam majlis ini menegaskan, mereka yang mahu menyertai perjuangan Datuk Seri Jamal ini supaya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

    Tegas Tan Sri Noh, kesemua pengikut haruslah menunjukkan contoh yang baik dan bukannya terikut-ikut rentak dan kebiadaban peserta BERSIH sehingga boleh mencemarkan naman Gerakan Baju Merah kelak. Kesemua mereka harus faham, erti perjuangan yang dibawa oleh Datuk Seri Jamal dan bukannya bertindak dengan mengikut nafsu amarah sehingga mengabaikan undang-undang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 comments:

    1. nak jadi syiah ke bermandi darah?
      ritual setan apa pulak main mandi2 darah ni....
      buat lah benda lain berfaedah sikit...

      ReplyDelete
    2. Umno dah tiada cara lain untuk menyekat parti pembangkang dari mera'ai sokongan, oleh sebab itu terpaksa gunakan khidmat Jamal yang konon sanggup bermandikan darah... Ini adalah supaya kalau ada pertumpahan darah kelak.... Akan memberikan ruang bagi najib untuk mengistharkan darurat.

      ReplyDelete
    3. Umno dah tiada cara lain untuk menyekat parti pembangkang dari mera'ai sokongan, oleh sebab itu terpaksa gunakan khidmat Jamal yang konon sanggup bermandikan darah... Ini adalah supaya kalau ada pertumpahan darah kelak.... Akan memberikan ruang bagi najib untuk mengistharkan darurat.

      ReplyDelete

    Item Reviewed: Demi Menyekat BERSIH, Kami Sanggup Bermandikan Darah - Jamal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top