Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 19 pegawai Jabatan Air Negeri Sabah bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana infrastruktur jabatan itu.
Kesemua suspek yang berusia antara 29 hingga 59 tahun itu ditahan dalam operasi fasa kedua di 27 lokasi di seluruh negeri kelmarin. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, penahanan itu turut membawa kepada rampasan wang tunai berjumlah RM4.2 juta daripada beberapa suspek.
Katanya, SPRM turut membekukan beberapa akaun bank yang mempunyai wang berjumlah RM3.6 juta milik beberapa suspek.
0 comments:
Post a Comment