My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 27 October 2016

    Hukuman Mati Kekal



    Mahkamah Persekutuan di sini, mengekalkan hukuman mati terhadap seorang warga Filipina yang didapati bersalah membunuh rakan senegaranya, lebih sembilan tahun lalu. Keputusan dibuat selepas rayuan akhir Wilson Arad, 49, ditolak panel lima anggota diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang memutuskan tiada merit dalam rayuan itu. 

    Empat lagi hakim yang bersidang dalam panel itu adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah dan Datuk Balia Yusof Wahi.

    Wilson disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada 8 Februari 2013 kerana membunuh Said Alian, 51, di sebuah rumah bernombor B24A, Jambatan 2, Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, jam 4.30 petang, 30 Ogos 2007.

    Wilson sebelum ini kalah pada rayuannya di Mahkamah Rayuan lalu membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan. Zulkefli pada penghakimannya berkata, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya mengemukakan bukti melangkaui keraguan dalam kes berkenaan.

    Pada prosiding semalam, pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam Ram Singh. Berdasarkan keterangan tiga daripada 11 saksi ketika perbicaraan, tertuduh dilihat memegang pisau jenis Rambo ketika keluar dari rumah di mana mangsa ditemui mati.

    Wilson ditahan polis 16 Mac 2010 atas kesalahan Imigresen di sebuah pusat tahanan sebelum dikenal pasti sebagai suspek utama kes pembunuhan itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hukuman Mati Kekal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top