Seperti yang dijadualkan, konvoi BERSIH 5 kini sedang mangambil tempat di sekitar Kuantan, Pahang, bermula pagi ini. Walaupun kehadiran para peserta tidak mencecah angka 100 orang, namun kelibat "orang kuning" dapat dilihat di sekitar Kuantan dan ianya telah mencetuskan rasa kurang senang buat penduduk sekitar Ibu Negeri Pahang berkenaan.

Kebawah Duli Baginda juga menasihatkan orang ramai usah mudah terpengaruh dengan pelbagai dakyah politik kerana negara ini merupakan negara demokrasi yang tidak mengizinkan sebarang tindakan yang boleh merosakkan perpaduan negara.
Namun, buat penyokong BERSIH, titah Baginda Sultan Pahang ini langsung tidak membawa erti bagi mereka. Ini dibuktikan dengan tindakan mereka yang berhimpun di sekitar Kuantan hari ini dengan menjaja pelbagai hasutan bagi membuatkan penduduk sekitar Kuantan membenci kerajaan.
Bukankah ini satu tindakan penderhakaan oleh penyokong BERSIH kepada Kebawah Baginda Sultan Ahmad Shah? Adakah mereka fikir mereka cukup besar dan hebat sehingga berani melanggar titah perintah Kebawah Duli Sultan dan mengagungkan pendirian BERSIH dan pemimpinnya, Maria Chin Abdullah dan Datuk S. Ambiga?

Apa yang dibimbangkan, andai Gerakan Baju Merah juga bangkit berhadapan dengan BERSIH, mungkin ianya bakal menimbulkan ketegangan. Jika ini berlaku, mulalah tindakan menunding jari antara satu sama lain berlaku dan seterusnya bakal menimbulkan ketegangan yang tidak sepatutnya berlaku.
Sewajarnya, pihak polis bertindak terhadap penganjur himpunan seperti ini kerana pastinya, pihak penganjur langsung tidak memohon sebarang permit untuk berarak seumpama ini. Usah"double standard" dalam melakukan pencegahan kerana andai ini berlaku, usah terkejut jika ketegangan berterusan bakal wujud antara BERSIH dan Gerakan Baju Merah.
0 comments:
Post a Comment