Semasa kerajaan mengambil langkah kurang popular apabila mengenalkan Cukai Barangan dan Jualan (GST) pada 1 April tahun lalu, ramai dikalangan para penyokong pembangkang mendakwa, ianya merupakan satu lagi jenis cukai yang akan menjerut leher rakyat.
Tidak terhenti setakat itu, pada bulan berikutnya, pembangkang menganjurkan demo anti GST bagi menunjukkan penolakan mereka. Walaupun pihak kerajaan menerangkan betapa relevannya cukai ini dilaksanakan, namun bagi kalangan penyokong pembangkang, mereka tetap menolak perlaksanaan sistem cukai ini.

Bagi GST pula, kesemua barangan yang dikenakan cukai ditetapkan pada kadar 6 peratus dengan berpuluh barang lagi tidak dikenakan cukai GST.
Kerajaan melihat, perlaksanaan SST yang diamalkan negara selama ini telah merugikan pendapatan kerajaan dimana peluang untuk para peniaga culas dalam membayar cukai adalah jauh lebih tinggi. Inilah yang menyebabkan kerajaan mengikut jejak langkah 163 buah negara lagi mengenakan GST dengan kadar jauh lebih rendah berbanding 163 buah negara yang lain.
Melihat akan keberkesanan langkah kerajaan mengutip cukai GST ini, Bank Dunia melihat ianya telah membantu kerajaan menjana pendapatan tambahan bagi menampung kemerosotan harga minyak mentah di pasaran dunia, salah satu daripada sumber utama pendapatan kerajaan.

Beliau mengakui, kerajaan berhadapan dengan sedikit cabaran pada tahun pertama perlaksanaannya namun, untuk jangka masa sederhana dan panjang, pihaknya melihat ia bakal menstabilkan kedudukan ekonomi dan rizab negara. Ini menjadikan Malaysia akan terus kekela bertahan walaupun serangan ekonomi melanda dunia pada masa akan datang.
Persoalannya, adakah Faris Hadad-Zervos turut termakan "dedak" yang ditaburkan oleh kerajaan bagi memuji apa yang dilaksanakan oleh kerajaan? Jika ini tanggapan awal mereka, nyata mereka sebenarnya langsung tidak mempunyai asas ekonomi untuk difahami.
Secara ringkasnya, sesebuah kerajaan harus mempelbagaikan sumber pendapatannya. Harus diingat, kerajaan tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan untuk menjana pendapatan negara. Apa yang boleh dilakukan adalah mempelbagaikan sumberpendapatan daripada bergantung penuh kepada hasil petrolium negara melalui Petronas.

Ini menjadikan harga barangan berkenaan melonjak naik dan sekaligus menyebabkan rakyat mula menunding jari kepada kerajaan atas perlaksanaan GST. Walhal, hakikat sebenarnya, kerajaan bukan peniaga dan tidak boleh sewenang-wenangnya menetapkan harga barangan sesuka hati.
Bank Dunia melihat akan konflik peniaga dan pembeli ini namun, atas keyakinan tinggi yang ditunjukkan kepada kerajaan, mereka pasti kerajaan akan mampu mengatasinya tanpa perlu mana-mana pihak menghulurkan dedak buat Bank Dunia untuk mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
0 comments:
Post a Comment