My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 20 October 2016

    Suspek Bunuh Di Terengganu Diberkas Dalam Kelaparan



    Akibat kelaparan selepas empat hari bersembunyi di rumah-rumah kosong di sekitar Manir di sini, lelaki yang menjadi suspek kes tikam bakal abang ipar sampai mati akhirnya keluar dari tempat persembunyian sebelum diberkas polis. 

    Tukang rumah yang berusia 29 tahun itu berjaya ditangkap polis di Kampung Petai Bubus, Manir semalam selepas dikatakan keluar mencari makan di tepi jalan di kampung itu akibat kelaparan sekitar pukul 12 tengah hari.

    Suspek yang disyaki membunuh Muhamad Shukri Husin, 34, dengan menikam bertubi-tubi leher dan dada mangsa, ditemui dalam keadaan kelaparan dan keletihan di tepi jalan berkenaan.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd. Aziz Wan Hamzah berkata, Mohd. Hafiz Mohamad yang dalam keadaan tidak bermaya cuba juga melarikan diri dengan bersembunyi di bawah sebuah rumah dan kawasan padang berhampiran tetapi gagal.

    “Sebaik diberkas, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk disoal siasat. Siasatan awal mendapati dia telah bersembunyi di beberapa buah rumah tinggal yang sudah lama tidak berpenghuni di sekitar Manir sejak menjadi buruan polis pada Ahad lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suspek Bunuh Di Terengganu Diberkas Dalam Kelaparan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top