Hasrat bekas raja pecut negara, Watson Nyambek untuk memiliki rumah sendiri tercapai apabila menerima kediaman berkelengkapan penuh di Bandar Baru Permyjaya, di sini. Berita gembira itu disampaikan Pengerusi Syarikat Kumpulan Naim, Datuk Amar Abdul Hamed dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Abd Latiff Ahmad dalam satu majlis, semalam.

Watson menerima sebuah rumah teres satu tingkat yang masih dalam pembinaan dan dijangka dapat diduduki pada 2018. Kisah mengenai Watson mula mendapat perhatian apabila dia diisytiharkan muflis selepas gagal melunaskan pinjaman untuk bayaran perubatan mendiang bapanya.
0 comments:
Post a Comment