Umum mengetahui bahawa himpunan BERSIH 5 sentiasa mendapat sokongan daripada para pemimpin pembangkang di negara ini, walaupun BERSIH berulang kali menafikan, gerakan mereka bermotifkan politik. Hal ini tidak dapat dinafikan BERSIH kerana setiap kali perhimpunan ini diadakan, para pemimpin pembangkang akan turut hadir memberikan ucapan.
Belum pernah perhimpunan besar ini diadakan di luar Kuala Lumpur dan kebanyakan gerakan ini dimulakan di negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Harapan seperti Selangor dan Pulau Pinang. Namun begitu, Selangor sentiasa menjadi pilihan BERSIH kerana kedudukan negeri ini dekat dengan Kuala Lumpur, lokasi utama setiap kali perhimpunan.
Jadi tidak hairanlah jika melihat bagaimana kerajaan Selangor melayan rancangan BERSIH 5 kali ini. Tidak dapat dipastikan bagaimana kerajaan Selangor mahu menafikan gambar bagaimana kerajaan negeri menerusi PBTnya melayan BERSIH sehinggakan ianya dibawa kepejabat negeri.
Hebat, disaat rakyat Selangor yang majoritinya cukup tertekan dengan isu air yang membelenggu mereka saban tahun, kerajaan Selangor lebih berminat untuk menyokong gerakan BERSIh yang sama sekali tiada kena mengena dengan keperluan asas rakyat Selangor.
Akibatnya, kesengsaraan rakyat Selangor semakin teruk dengan tiada perhatian khusus dibuat oleh kerajaan negeri untuk mengatasinya.
Benarlah seperti kata beberapa penduduk yang teruk terjejas dengan ketiadaan bekalan air baru-baru ini. Kerajaan PKR dan Pakatan Harapan di Selangor sebenarnya langsung tidak berminat untuk mentadbir negeri dan menyelesaikan masalah rakyat. Mereka hanya lebih mengutamakan politik untuk merampas negara dan terus menjarah apa jua hasil negara untuk kantung masing-masing.
0 comments:
Post a Comment