Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan Bajet 2017 akan memberi tumpuan dalam usaha meningkatkan kuasa beli rakyat dan pelaburan swasta. Pengarah Eksekutifnya, Dr Zakariah Abdul Rashid berkata, lebih banyak insentif akan diperlukan memandangkan persekitaran ekonomi luaran yang agak perlahan.
Katanya, bajet kali ini juga diharap dapat menangani pelbagai masalah rakyat dan membantu mencapai pendapatan tinggi. “Dengan pendapatan tinggi maknanya potongan pada cukai pendapatan perlu dibuat dan secara keseluruhannya kalau kerajaan membantu, rakyat memperoleh lebih pendapatan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTZEhCc7fJPO5SVa-uhypQCCDQo6ccHFsfyfnZxWcQZiPEsYknIl1Q2DBYaZzP0BJq5yF7_joMa_cmJuuLdenV_o9nyc3kUbtrMT7YrFeVOix0sq2x3ZcYoVKNn0-Aau3YDL9r3jtElGM/s1600/images+%25283%2529.jpg)
Menurutnya, pengagihan wang tunai kepada golongan berpendapatan rendah boleh membantu mengurangkan kebimbangan kenaikan kos sara hidup walaupun ia adalah langkah jangka pendek.
Zakariah berkata, dengan kelembapan dagangan dan pertumbuhan ekonomi global, peningkatan ketidaktentuan dalam ekonomi China dan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, wujud keperluan bagi merangsang perbelanjaan pengguna serta pelaburan swasta.
Beliau berkata, diharap lebih banyak barangan untuk dieksport dan perlu ada peruntukan dalam Bajet 2017 untuk merangsang eksport Malaysia. “Walaupun persekitaran ekonomi yang sukar dan mencabar disebabkan ekonomi global yang lembap, lebihan dagangan positif Malaysia mampu mengurangkan risiko itu,” katanya.
0 comments:
Post a Comment