My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 25 October 2016

    Dua Suspek Rogol Wanita Separuh Bogel Ditahan



    Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian mendedahkan bahawa tahanan dilakukan terhadap dua lelaki berhubung kejadian rogol berdasarkan individu terakhir bersama mangsa. Freddy semasa dihubungi Utusan Borneo semalam berkata, kedua-dua suspek berusia 23 dan 26 tahun. 

    Suspek pertama ditahan di rumahnya di Jalan Selirik di Kapit sekitar jam 4.30 petang manakala suspek kedua diberkas di Balai Polis Kapit selepas dipanggil menyerah diri. Katanya siasatan awal mendapati mangsa menaiki kereta bersama kedua-dua suspek sebaik sahaja keluar berhibur dari sebuah pusat hiburan sekitar daerah itu bersama rakannya.

    “Ketika tiba di satu tempat mangsa keluar dari kereta dan terus beredar,” ujarnya. Namun, siasatan lanjut dilakukan termasuk mendapatkan lebih banyak keterangan daripada mangsa yang kini masih menerima rawatan di Hospital Kapit.

    Menurut Freddy, mangsa semasa diambil keterangan sebelum ini memberitahu bahawa dia terlalu mabuk dan tidak dapat mengingati secara jelas peristiwa yang menimpanya. Sementara itu, Freddy menjelaskan bahawa pihaknya memohon tahanan reman selama tujuh hari namun hanya empat hari diluluskan.

    Selain itu, polis juga berusaha mendapatkan DNA daripada suspek untuk dipadankan dengan sampel diperolehi daripada mangsa. Dalam kejadian pagi Sabtu lalu, mangsa yang juga seorang penjawat awam ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan raya.

    Mangsa ditemui oleh orang awam di Jalan Bleteh di Kapit dalam keadaan separuh bogel oleh orang awam. Sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kapit dengan menaiki ambulans.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Suspek Rogol Wanita Separuh Bogel Ditahan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top