My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 19 October 2016

    Isteri Pengusaha Seorang OKU Mental




    Isteri pengusaha sebuah pusat rawatan Islam di Jasin yang menjadi kontroversi ekoran caj perubatan yang melampau berjumlah RM32,800 merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) mental. 

    Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Burhanuddin Bachik, semakan mendapati wanita berusia 35 tahun itu menjadi pemegang kad OKU sejak 2012 dan menerima elaun pekerja cacat seba­nyak RM350 sebulan.

    “Bantuan itu di­terima sejak 2014 dan setakat ini ia masih diteruskan hingga hujung tahun ini. Selepas ini kita akan me­lakukan semakan semula sama ada ia layak disambung atau sebaliknya,” katanya di sini semalam.

    Media Ahad pada 16 Oktober lalu lalu melaporkan sebuah pusat rawatan Islam di Jasin diserbu pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Nege­ri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri selepas resit caj perubatan premis itu yang melampau sehingga mencecah RM32,800 menjadi viral di laman sosial pada minggu lalu.

    Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Melaka, Hamzah Mahadi berkata, dalam serbuan tersebut, pihaknya telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan kepada pemilik pusat rawatan tersebut bagi mendapatkan justifikasi berhubung harga perkhidmatan yang dikenakan terlalu tinggi.

    Pusat rawatan ber­kenaan yang beroperasi di rumah persendirian itu diuruskan oleh sepasang suami isteri berusia 42 dan 35 tahun namun hanya­ pihak lelaki yang me­ngubati pesakit manakala wanita pula membantu dalam aspek pengurusan. Selain menyelia rekod pesakit, wanita tersebut turut membantu suami­nya mengurut dan me­lakukan mandi bunga bagi pesakit wanita.

    Bagi meredakan keada­an, pengusaha premis menerusi satu entri dalam blog pusat rawatan itu tampil memohon maaf dan menutup operasi premis berkenaan serta-merta pada Sabtu lepas. Tinjauan media mendapati blog pusat itu telah ditutup semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Isteri Pengusaha Seorang OKU Mental Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top