Pada akhir zaman ini, bukan sedikit cubaan dan ancaman yang diterima oleh umat Islam, samada di negara ini mahupun di seluruh dunia. Sebut sahaja apa yang tidak dikaitkan dengan Islam, samada situasi pengganas, fitnah, ajaran sesat sehinggalah kepada pentadbiran berasaskan Islamik juga hangat di fitnah dan dipertikaikan.
Semua ini tidak terkecuali dengan negara ini walaupun Malaysia secara rasminya meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Sebelum bermulanya abad 21 ini, semua pihak dari pelbagai kaum, langsung tidak pernah menyentuh hak istimewa Islam dalam perlembagaan negara. Masing-masing saling toleransi terhadap kebebasan agama samada Islam, Hindu, Budha, Kristian dan sebagainya.

Hari ini, bukan sekadar azan dan bacaan ayat suci Al Quran sahaj mendapat tentangan dari mereka yang enggan tidur mereka diganggu pada waktu Subuh, malah, solat Jumaat yang menjadi kewajiban kaum lelaki Islam menunaikannya, turut mula dipertikaikan. Alasannya, setiap kali solat Jumaat, laluan jalanraya akan bertambah sesak terutamanya pada waktu makan tengah hari.
Oleh yang demikian seorang pemilik Ph.D yang belajar di King College, London, Farouk A. Peru telah mencadangkan supaya solat Jumaat yang dikerjakan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W, ditukar kepada hari Sabtu supaya tiada lagi timbul soal kesesakan atau pertindihan waktu bekerja.
Menariknya, cadangan ini pantas dipersetujui oleh Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah yang menganggap, solat Jumaat yang dikerjakan pada waktu Zohor itu amat tidak praktikal serta banyak mengganggu urusan seharian. Diberitakan, pendapat Maria ini turut disokong oleh DAP dan PKR yang melihat kerelevanan cadangan berkenaan.

Kenapa kita tidak boleh mengerjakan solat ini pada hari Sabtu? Ini kerana, Sabtu merupakan hari suci buat Yahudi kerana pada hari ini, Nabi Musa Alaihisalam melarang kaum Yahudi mengerjakan apa jua pekerjaan. Namun, perintah ini sewenang-wenangnya dilanggar oleh kaum Yahudi hari ini dan pada hari Sabtu terpilih, ianya digelarkan sebagai The Sabbath Day (hari Sabbath (Sabtu)).
Sudah termaktub dalam Al Quran bahawa umat Islam terutamanya kaum lelaki, wajib mengerjakan solat Jumaat dan bukannya Sabtu. Ini adalah untuk membezakan anutan Islam dengan fahaman Yahudi yang mereka amalkan sejak zaman Nabi Allah Musa lagi. Justeru, amat sukar untuk difahami, dimana relevannya cadangan Farouk A Peru dan sokongan dari Maria Chin dan pembangkang dalam hal ini?

Sebenarnya, penulis cukup "takjub" dengan orang Melayu dan Islam yang begitu mendokong idealogi BERSIH. Sudah terang dan nyata, BERSIH menyokong cadangan Farouk A Peru untuk mengubah waktu solat Jumaat kepada Sabtu, namun bagi umat Islam ini, idealogi lebih penting daripada memperjuangkan aqidah dan firman Allah S.W.T sendiri.
Di mana martabat Islam dalam perjuangan BERSIH? Adakah para penyokong dari umat Islam ini akan menyokong penuh ucapan Maria yang mahu mengubah waktu solat Jumaat kepada hari Sabtu? Jika demikianlah reaksi mereka, rasanya tidak salah andai mereka turut menghalalkan seks luar tabii, seks bebas, minum arak, membunuh dan sebagainya kerana Farouk, Maria, Ambiga dan ramai pemimpin DAP dan pembangkang, pasti akan menyokong penuh cadangan ini.
0 comments:
Post a Comment