Mengulas mengenai hal ini, Pengerusi MCA Johor merangkap Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong mempersoalkan, kenapa MCA perlu panik dengan dakwaan Chin Tong ini? Beliau menegaskan, tiada sebab untuk Barisan Nasional (BN) negeri ini perlu panik kerana kepemimpinan yang ditunjukkan Menteri Besar adalah dinamik dan cemerlang.

Beliau menegaskan, andai benar dakwaan Chin Tong itu, BN negeri langsung tidak menambil pusing dengan dakwaan sedemikian. Beliau berkata, andai benar dakwaan DAP berkenaan, pihaknya mencabar DAP untuk bertanding dikawasan UMNO, bukan hanya menumpukan kawasan MCA semata-mata.
"Kalau rasa mereka kuat sangat pergilah. Cuba dulu, belum cuba belum tahu. Beliau (Chin Tong) boleh diibaratkan seperti pepatah Melayu 'yang bodoh tidak dapat diajar, yang pandai tidak boleh diikut'," katanya pada sidang media selepas perjumpaan tertutup selama dua jam kepemimpinan MCA Johor bersama Menteri Besar di sini, malam tadi.
Dalam perkembangan persempadanan semula, beliau berkata, Johor adalah sebuah negeri yang unik dan tidak sama dengan negeri lain. Ini kerana, Johor tidak boleh meminggirkan mana-mana komponen dalam persempadanan semula kerana kebanyakan kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor dianggap kerusi campuran.
Tegasnya, walaupun ditandingi calon UMNO, perlu ada sokongan pengundi Cina dan inilah peranan MCA untuk kumpul tenaga memberi sokongan pada wakil UMNO. Begitu juga kerusi ditandingi calon MCA, tanpa sokongan kaum lain juga akan merugikan semua pihak.
0 comments:
Post a Comment