My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 25 October 2016

    Kenapa Penaja BERSIH Panas Hati Cadangan Rahman Dahlan?



    Bukan satu perkara yang mengejutkan apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan mencadangkan supaya mana-mana pihak yang menaja perhimpunan BERSIH ini di senarai hitamkan. Ini kerana, hasil daripada sumbangan merekalah, gerakan seumpama ini dapat terus bertahan sehingga hari ini.

    Menariknya, apabila Datuk Abdul Rahman mencadangkan perkara demikian, secaara tidak langsung menampakkan, siapa yang berada di belakang gerakan BERSIH. Dapat dilihat dari tindak balas mereka, hampir kesemuanya merupakan peguam yang boleh dianggap cukup arif tentang undang-undang.

    Mereka adalah sebilangan penaja yang sentiasa menyediakan khidmat guaman kepada para peserta atau mana-mana pemimpin yang ditangkap semasa atau selepas demo berkenaan diadakan. Menariknya, kesemua mereka ini dikhabarkan menyediakan perkhidmatan guaman mereka secara percuma bagi menggalakkan lebih ramai peserta mengikuti demo ini.

    Turut dikhabarkan, kesemua mereka ini berselindung disebalik kemegahan Bar Councel yang sepatutnya bertindak sebagai orang tengah dalam mana-mana isu. Benar, tanpa Bar Councel, tidak mungkin para peguam ini dapat menghidupkan lesen guaman mereka, namun peranan Bar Councel sendiri sudah menampakkan mereka lebih pro kepada pembangkang berbanding kerajaan.

    Turut terkena tempias kepada cadangan Datuk Abdul Rahman ini, beberapa badan korporat yang secara berselindung menjadi penyumbang tetap kepada gerakan BERSIH. Tidak dipastikan samada mereka hanyalah sekadar menjadi orang tengah atau mereka benar-benar menyumbang kepada gerakan yang mahu merosakkan sistem demokrasi dan Islamisasi negara.

    Paling utama, cadangan ini sepatutnya ditujukan khas kepada sebuah NGO yang menggunakan nama Suara Anak Malaysia (SUARAM). Sejak awal penubuhan BERSIH lagi pada tahun 2005, SUARAM merupakan antara salah satu gabungan NGO teras kepada BERSIH. Justeru, adalah satu tindakan yang cukup rasional oleh Datuk Abdul Rahman menyenarai hitamkan NGO seperti ini.

    Sebenarnya, tindakan ini tidak perlu pun dicadangkan oleh Datuk Abdul Rahman andai BERSIH benar-benar jujur dalam perjuangannya. Masalahnya di sini, BERSIH menyimpan terlalu banyak agenda tersembunyi yang dilihat sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

    Tindakan para pemimpinnya yang dilihat seolah-olah kebal kepada undang-undang sehinggakan mereka langsung tidak ditahan atas siri konvoi BERSIH yang mereka lakukan, menambah kepada perlunya cadangan ini dilaksanakan. Justeru, nasihat mudah buat pemimpin BERSIH, usahlah melatah kerana cadangan ini wujud disebabkan sikap dan kebiadaban mereka sendiri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kenapa Penaja BERSIH Panas Hati Cadangan Rahman Dahlan? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top