PASUKAN Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super musim depan selepas tewas kepada lawan masing-masing pada aksi terakhir liga malam tadi.
Terengganu yang mengharapkan kemenangan pada perlawanan terakhir di Stadium Bandaraya Pulau Pinang itu terpaksa akur dengan kehebatan pasukan tuan rumah yang meraih kemenangan 1-0 menerusi jaringan Faizat Ghazli pada minit-minit terakhir perlawanan.

Terengganu membuat penampilan pertama di Liga Super pada tahun 2007 dan pencapaian terbaik pasukan dari Pantai Timur itu ialah muncul naib juara pada musim 2011. Pahang antara pasukan yang dilihat bakal turun pangkat pada musim depan terselamat gara-gara ‘bantuan’ Kedah selepas mendapat tiga mata percuma ekoran Kedah menurunkan pemain yang masih digantung dalam perlawanan liga pada 3 Ogos lalu.
Malam tadi, Pahang sekadar seri 1-1 dengan T-Team di Kuala Terengganu. Sementara di Stadium Shah Alam, Johor Darul Takzim (Johor DT) mencatat sejarah tersendiri apabila mengekalkan rekod tanpa kalah pada kempen liga musim ini dan malam tadi juara liga itu menewaskan Selangor 2-1 menerusi jaringan Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-64 dan Amri Yahyah (m-76).

Melaka United yang muncul juara Liga Premier naik pangkat ke Liga Super musim depan bersama naib juara, PKNS FC.
0 comments:
Post a Comment