My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 23 October 2016

    PATI Bukit Bintang ‘Panas’



    Kawasan Bukit Bintang di ibu negara yang menjadi lubuk lokasi pendatang asing tanpa izin (PATI) ‘panas’ kelmarin selepas digempur pihak berkuasa dalam Ops Nyah 2 fasa ke-13. 

    Dalam serbuan bermula pukul 5.30 petang itu yang turut dilakukan di Kepong dan Brickfields, seramai 140 PATI dalam pelbagai bidang pekerjaan seperti perhotelan, rumah urut, kedai makan dan kedai gajet berjaya ditangkap.

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh (gambar kecil) berkata, dalam serbuan itu, pihaknya telah memeriksa seramai 424 warga asing dalam serbuan di Plaza Low Yat dan Jalan Alor di Bukit Bintang serta medan selera di Kepong.

    Selain itu, pihak berkuasa turut membuat pemeriksaan di Apartmen Abdullah Hukum di Brickfields di sini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PATI Bukit Bintang ‘Panas’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top