Tukang rumah yang diburu bagi membantu siasatan kes pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mati akibat ditikam bertubi-tubi di Kompleks Seri Iman di sini kelmarin selepas rahsianya sudah bergelar suami orang terbongkar menghilangkan diri dengan menunggang motosikal Honda EX5.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd. Aziz Wan Hamzah berkata, lelaki berkenaan, Mohd. Hafiz Mohamad, 29, sebelum itu dikatakan pergi ke Pejabat Agama Islam di Kompleks Seri Iman dengan menaiki kereta Honda Civic dipandu rakannya.

“Sampai di rumah rakannya di Kampung Buluh Gading, Manir dekat sini, Mohd. Hafiz dikatakan melarikan diri dengan menunggang motosikal EX5 miliknya,” kata beliau kepada media di sini semalam.
Jarak Kompleks Seri Iman dan Kampung Buluh Gading kira-kira 10 kilometer. Berikutan itu, kata Wan Abd. Aziz, polis memberkas rakan Mohd. Hafiz di rumahnya pada pukul 4.30 petang kelmarin. Lelaki itu merupakan pemilik kereta Honda Civic.
0 comments:
Post a Comment