My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 25 October 2016

    Stok Dadah Lembah Klang Dirampas



    Seorang ahli kongsi gelap Geng 36 dan kekasihnya serta enam lagi lelaki ditahan bersama 101 kilogram (kg) dadah ketamin bernilai RM7.07 juta dalam serbuan di kawasan stor barangan lusuh di Jalan Antoi Kanan 6, Kepong di sini pada Jumaat lalu. 

    Rampasan itu dibuat pada pukul 5.55 petang oleh pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur di sebuah kontena yang dijadikan premis jualan barangan lusuh. Lelaki berusia 38 tahun yang juga ahli kongsi gelap itu dipercayai dalang sindiket membekal dadah terbesar di pusat-pusat hiburan dan penagih di Lembah Klang sejak pertengahan tahun lalu.

    Semasa serbuan, kekasih kepada dalang sindiket dadah itu berada di lokasi serbuan bersama enam lagi lelaki lain. Media difahamkan, salah seorang suspek mengaku lokasi lapang yang dijadikan stor barangan lusuh merupakan tanah miliknya.

    Namun, siasatan mendapati tanah itu merupakan tanah rizab kerajaan. Perniagaan barang lusuh di stor itu hanya bagi mengaburi mata pihak berkuasa berhubung kegiatan pengedaran dadah ketamin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Stok Dadah Lembah Klang Dirampas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top