My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 25 October 2016

    Tentera Iraq Sukar Tawan Mosul





    Tentera Iraq terpaksa menempuh jerangkap samar, penembak curi dan bom kereta ketika mengetatkan kepungan ke atas bandar Mosul kelmarin di samping memburu militan Daesh yang mendalangi serangan lain di negara itu. 

    Komander tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) di Iraq, Leftenan Jeneral Stephen Townsend berkata, militan Daesh memberikan tentangan sengit kepada tentera Iraq dan pejuang Kurdis

    “Ini jelas, kami bercakap tentang tembakan curi, letupan bom buatan sendiri dan letupan bom kereta yang terpaksa dihadapi pada setiap hari di samping bedilan peluru berpandu antikereta kebal,” katanya di Baghdad.

    Menurut Townsend, pegawai-pegawai tentera AS juga menyemak semula anggaran bilangan pejuang Daesh di Mosul dan kawasan sekitarnya. “Mereka percaya Daesh memiliki antara 3,000 hingga 5,000 pejuang di Mosul dan 1,000 hingga 2,000 lagi di sekitarnya,” kata jeneral tersebut.

    Dalam pada itu, militia Kurdis mengumumkan serangan baharu pada waktu subuh bagi menawan Bashiqa di timur laut Mosul di mana kira-kira 10,000 pejuangnya terlibat dalam serangan besar-besaran bagi menawan semula bandar itu daripada militan Daesh.

    Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim berkata, militia Kurdis yang dikenali sebagai Peshmerga itu telah memohon dan menerima bantuan tentera Turki. “Mereka (Peshmerga) me­minta bantuan kami di pangkalan berdekatan Bashiqa. Kami menyediakan sokongan artileri, kereta kebal dan meriam katak,” kata Yildirim kepada pemberita di barat Turki kelmarin.

    Dakwaan Ankara dibuat sehari selepas Baghdad menolak cadangan Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter supaya Turki dibenarkan menyertai serangan ke atas Mosul. Kepungan ke atas Mosul yang bermula Isnin lalu bertujuan untuk menawan semula bandar kedua terbesar Iraq itu daripada Daesh.

    Mosul merupakan kubu kuat terakhir militan Daesh di negara itu. Militan Daesh menawan Mosul dan menubuhkan sebuah peme­rintahan khalifah pada Jun 2014.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tentera Iraq Sukar Tawan Mosul Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top