Masih ingat dengan perhimpunan #tangkap MO1 yang berlangsung di Kuala Lumpur hampir dua bulan lalu? Himpunan yang disifatkan sebagai satu kegagalan memalukan ini diketuai oleh seorang budak "berhingus", Anis Syafiqah yang masih lagi menuntut di Universiti Malaya.
Hanya disebabkan terpengaruh dengan dakyah politik pembangkang serta ditaburkan duit yang tidak seberapa jumlahnya, Anis Syafiqah bersama-sama beberapa orang rakannya yang lain, menyerlahkan kebodohan mereka dengan menggadaikan masa depan hanya untuk berdemo. Lebih teruk lagi, dia turut merancang untuk menghasut pelajar-pelajar lain dari 10 buah lagi IPTA tempatan untuk bersama-sama dengannya dalam usaha menangkap Malaysia Official 1.
Akibat kebodohan diri sendiri, baru-baru ini, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof telah mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap Anis atas kesalahannya menyertai perhimpunan haram yang dianjurkannya.
Dalam surat berkenaan yang turut disisikan kepada Naib Canselor Universiti Malaya, Unit Pendaftar UM, Dekan Fakulti Bahasa dan Linguastik dan Ketua Unit Unit Perundangan itu ada menyebut, dia telah menjalankan urusan di luar kampus dengan cara yang merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik UM.
Oleh yang demikian, beliau telah mengarahkan Anis supaya menjawab surat tunjuk sebab ini dalam masa tujuh hari dari surat berkenaan diterima. Anis dalam satu reaksinya berkata, dia terkejut kerana pihak UM mengeluarkan surat tunjuk sebab berkenaan sedangkan menurutnya, apa yang dia lakukan adalah untuk kepentingan negara bersama-sama rakan-rakan yang mahu berjuang bersamanya.
Hal ini turut mendapat reaksi sayap pemuda DAP (DAPSY) yang menyatakan, apa yang dilakukan oleh Anis merupakan suara anak muda negara yang bimbangkan keadaan negara. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua DAPSY, Wong Kah Woh ini turut mempertikaikan hak UM mengeluarkan surat berkenaan kepada seorang pejuang anak muda seperti Anis.
Katanya, fokus Naib-Naib Canselor Universiti Malaya jelas terpesong dan sebaliknya memilih untuk menjadi alat pihak pemerintah dalam menggugat kebebasan dan pemikiran mahasiswa-mahasiswi. Beliau menegaskan bahawa DAPSY akan mendesak supaya Universiti Malaya balik kepada hala tuju akademik yang asal dan memberikan fokus untuk meningkatkan prestasi akademik UM.
Dia juga menegaskan bahawa DAPSY mahu UM menarik balik surat tunjuk sebab terhadap Anis Syafiqah demi menjaga integriti dan kebebasan Universiti yang kini kerap dipersoalkan. Wong juga berkata tindakan itu bukan sahaja tidak menghormati hak asasi untuk berhimpun seperti tertera dalam perlembagaan, tetapi jelas menunjukkan interpretasi politik.
Persoalannya, siapa yang lebih berkuasa di UM, adakah Anis, DAPSY ataupun Canselor itu sendiri? Siapa Wong mahu mendesak sesebuah universiti mengambil tindakan terhadap pelajarnya yang jelas melanggar peraturan universiti?
Melihat kepada reaksi Wong ini, jelas menunjukkan bahawa apa yang dilakukan oleh Anis sememangnya sah menjadi alat dan hamba suruhan DAP demi politik. Sememangnya jelas, segala tuduhan kepada Anis yang menerima wang yang dikatakan bernilai RM 10,000 untuk menganjurkan demo ini cukup berasas.
Justeru, tiada salahnya buat UM mengambil tindakan tegas terhadap Anis Syafiqah dan beberapa orang lagi terhadap sikap kebodohan dan kebiadaban mereka yang mencemarkan imej UM dan merosakkan intergriti pelajar-pelajar universiti di seluruh negara.
Seperti kenyataan media yang dikeluarkan oleh Datuk Huan Cheng Guan semasa Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa atas kesalahan salah laku, hanya dua ayat yang cukup sesuai untuk Anis Syafiqah dan rakan-rakan sebangangnya iaitu, PADAN MUKA.
0 comments:
Post a Comment