My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 23 October 2016

    Berlabuh Tanpa Kebenaran


    Sebuah kapal tangki yang dipercayai berdaftar di negara jiran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas didapati berlabuh di perairan negeri ini tanpa kebenaran di Pulau Gaya, dekat sini, kelmarin. 

    Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, kapal tangki yang membawa 20 anak kapal itu ditahan pada jarak 2.65 batu nautika daripada jarak pantai Pulau Gaya oleh sepasukan anggota APMM yang secara kebetulan melakukan rondaan rutin di kawasan berkenaan.

    Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som ketika dihubungi berkata, kapal tangki berkenaan dalam perjalanan pulang semula ke Singapura selepas berlabuh di Pelabuhan Kota Kinabalu di sini, pada Rabu lalu.

    “Sepasukan anggota APMM dengan menggunakan aset bot peronda Kilat 36 yang melakukan rondaan rutin di perairan berkenaan kemudiannya terserempak dengan kapal tangki itu dan pemeriksaan lanjut mendapati mereka (anak kapal) berlabuh tanpa sebarang kebenaran,” katanya. 

    Beliau berkata, siasatan awal turut mendapati kapal tangki terbabit mengalami kerosakan di kedua-dua jentera utama sehingga menyebabkan ia terkandas di perairan berkenaan. Katanya, kapal itu ditahan dan kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana didapati berlabuh tanpa kebenaran Jabatan Laut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Berlabuh Tanpa Kebenaran Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top