Tentera Iraq melancarkan operasi untuk menawan semula bandar Mosul yang menjadi kubu kuat dan pusat pentadbiran militan Daesh, kata Perdana Menteri Iraq, Haider Al-Abadi semalam. Amerika Syarikat (AS) pula menyifatkan kempen ketenteraan kali ini sebagai “detik penentuan” dalam perang untuk menghapuskan kumpulan militan tersebut.

“Hari ini (semalam) saya mengisytiharkan bermulanya operasi untuk membebaskan anda semua daripada kekejaman dan keganasan Daesh,” kata Haider dalam ucapannya di televisyen.
Mosul jatuh ke tangan Daesh dua tahun lalu ketika kumpulan militan itu melancarkan serangan kilat di Iraq dan Syria. Operasi menawan semula bandar itu akan menamatkan kuasa Daesh di Iraq Kempen ketenteraan tersebut disertai oleh gabungan anti-Daesh yang terdiri daripada pakatan diketuai AS, ribuan militia Kurdis dan 30,000 anggota tentera kerajaan Iraq.

"Saya amat bimbang dengan keselamatan 1.5 juta penduduk Mosul. Beribu-ribu kanak-kanak, wanita dan lelaki Iraq berisiko dijadikan perisai manusia oleh Daesh. Ribuan lagi mungkin diusir keluar atau terperangkap dalam pertempuran,” kata O’Brien.
0 comments:
Post a Comment