Inspektor polis yang menembak mati isterinya yang sedang hamil dua bulan di Kampung Kakai, Serian kelmarin dipercayai berpunca daripada rasa marah selepas mengesyaki wanita itu curang.
Mangsa, Siti Nadirah Abdullah, 33, mati di dalam bilik tidur dengan dua kesan tembakan di kepala dan leher. Siti Nadirah berasal dari Kampung Kakai dipercayai mati ditembak ketika sedang tidur.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata, polis sedang menyiasat tindakan inspektor terbabit yang tergamak membunuh isterinya yang bekerja di sebuah salon di sini.
“Ujian air kencing mendapati inspektor polis itu positif mengambil syabu,” kata beliau selepas mengadakan lawatan rasmi di IPD Miri di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment