My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 12 May 2017

    Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dendam



    Gara-gara masih menyimpan dendam, seorang bekas banduan bertindak ganas apabila menyerang seorang kanak-kanak sehingga jari kelingking budak perempuan itu terputus akibat ditetak dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 10, Jalan Penrissen di sini kelmarin. 

    Dalam insiden pada pukul 1.30 petang itu, kanak-kanak berusia lapan tahun itu juga nyaris kehilangan jari hantu. Dia dilaporkan berada dalam keadaan trauma. Penjenayah yang berusia 31 tahun itu difahamkan merupakan bapa saudara kepada mangsa.

    Menceritakan semula tragedi berkenaan, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, kanak-kanak itu yang sedang berehat bersama abang sulungnya berusia 19 tahun di rumah apabila tiba-tiba didatangi bapa saudara mereka. Ketika itu, ibu bapa dua beradik itu sedang bekerja di luar.

    “Kediaman itu yang tidak berkunci membuka ruang kepada penjenayah itu untuk terus masuk lalu bertindak menyerang dan menetak jari kanak-kanak perempuan itu hingga putus. Jari hantu budak itu juga hampir putus,” katanya semalam.

    Aidil menambah, abang kepada kanak-kanak cuba mempertahankan adiknya namun semua sudah terlewat sebelum suspek melarikan diri. Mengulas lanjut, beliau memberitahu, suspek yang dikenali sebagai Ringkai Endawie mempunyai lima rekod jenayah lampau.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dendam Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top