My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 17 May 2017

    Hukum Pelaburan PNB Dalam ASNB Harus


    Jabatan Mufti Negeri Selangor menerusi laman web rasminya memaklumkan hukum pelaburan yang dijalankan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus. Keputusan itu dibuat selepas kata sepakat dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-3 pada tahun ini yang bersidang pada 27 April lalu. 

    Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pihaknya begitu bersyukur dengan perkembangan itu dan berterima kasih kepada mufti serta Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berhubung keputusan itu.

    “Alhamdulillah dan terima kasih kepada mufti serta ahli jawatankuasa yang memutuskan hukum harus bagi pelaburan dalam unit amanah ASNB,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam. 

    Perkembangan itu selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2008 yang memutuskan pelaburan unit amanah ASNB dan dividen serta bonus yang diperoleh adalah harus.

    Selain Selangor, negeri lain yang turut sama mengharuskan pelaburan dalam ASNB termasuk Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Labuan, Sabah dan Sarawak.

    Pada masa sama, mesyuarat Jabatan Mufti Selangor turut meminta PNB untuk meneruskan usaha-usaha menambah baik bagi memastikan pelaburan itu menepati syarak sepenuhnya. Malah, keharusan hukum pelaburan itu juga akan dikaji semula selepas tiga tahun dengan sekurang-kurangnya peratus pelaburan patuh syariah melebihi 75 peratus.

    Abdul Wahid berkata, PNB akan menyahut ketetapan berkenaan dan terus berusaha meningkatkan tahap patuh syariah pelaburan kumpulan dari semasa ke semasa. “Dengan keputusan itu, kami percaya pelabur di Selangor lebih yakin dengan hukum pelaburan dalam unit amanah ASNB dan berharap dapat menggalakkan mereka meningkatkan pelaburan masing-masing,” katanya.

    PNB yang mempunyai peranan sebagai firma pengurusan kewangan terbesar di Malaysia, kini mengurus lebih 216 bilion unit saham amanah dalam edaran milik lebih 13 juta pemegang akaunnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hukum Pelaburan PNB Dalam ASNB Harus Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top