PELAKON dan pengacara Anis Al-Idrus, 29, bakal menamatkan zaman solo dengan duda anak satu, Aiman Rafzan, 35, dalam majlis ringkas di Bukit Jelutong, Shah Alam, 8 malam 7 Julai nanti.
Pemilik nama sebenar Sharifah Anis Syed Zainal berkata, hatinya terbuka untuk menerima Aiman yang juga pereka hiasan dalaman kerana sikap matang jejaka itu. "Walaupun kami baru berkawan tiga bulan, saya percaya Aiman adalah jodoh terbaik yang ditentukan Allah SWT untuk saya.
"Saya juga sudah bersedia bergelar ibu segera kepada anak lelaki Aiman yang kini berusia 10 tahun dan menerima kejadirannya dalam hidup kami," katanya. Anis ditemui pada majlis sidang media pengumuman majlis pernikahannya di Bukit Julutong, Shah Alam, hari ini.
Aiman atau nama sebenarnya, Mohd Rafzan Nurhikmalb Abdul Halim pula memilih Anis kerana jatuh cinta pandang pertama. "Selain kecantikan Anis, saya juga tertarik dengan kelembutan dan keperibadiannya,” katanya. Mereka mengikat tali pertunangan dalam majlis sederhana pada 24 Mac lalu.
0 comments:
Post a Comment