My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 21 May 2017

    Lilitan Gelang Moden


    Aksesori antara hiasan yang sering menjadi koleksi remaja lelaki dan perempuan. Antara aksesori yang semakin berkembang mendapat tempat ialah gelang tangan. Pada masa ini ramai anak muda menggunakan aksesori gelang bukan saja untuk kelihatan cantik, malah pelengkap kepada gaya mereka. 

    Aksesori terbaru gelang kini hadir dengan rekaan unik dan lucu. Ada gelang yang berbentuk boneka, bunga dan simbol yang diperbuat daripada batu. Penampilan menggunakan gelang menjadikan gaya seseorang lebih menarik.

    Gelang peace 

    Gelang ini dijadikan sebagai simbol perdamaian bagi sesiapa yang memakainya. Aksesori dengan motif sederhana ini juga mempunyai pengertian sebagai gelang persahabatan dan percintaan. Ini kerana gelang itu menunjukkan identiti orang yang memakainya sebagai satu lambang peribadi cinta yang tenang dan tidak suka kekerasan.

    Boy beads

    Gelang buatan tangan ini sering dipakai lelaki maskulin. Ini kerana materialnya ringkas serta dipadankan dengan manik terperinci seperti kristal dan kayu. Aksesori paling versatil ini tetap boleh dipakai dalam acara formal mahupun kasual kerana ia sentiasa memberikan kesan kepada lelaki kacak untuk kelihatan mewah.

    Gelang kulit anchor

    Aksesori seperti ini dapat menambat hati lelaki moden. Tidak perlu hairan jika motif serta manik bercirikan ‘Nautical’ ini mudah didapati di pusat beli-belah. Dengan rekaan yang berbentuk cangkuk membuatkan gaya lelaki lebih elegan kerana bentuknya ringkas serta kreatif. Koleksi menarik ini juga boleh diperagakan dengan pelbagai jenis penggayaan tidak kira secara formal atau kasual. 

    Gelang konov

    Pilihan material gelang bercirikan kulit ini boleh memberikan pesona maskulin kepada si pemakai. Dengan menggabungkan dua unsur seperti kulit dan titanium melengkapkan lagi aksesori walaupun tidak memakai jam tangan.

    Tidak lagi perlu takut atau ragu untuk memakai gelang ini kerana ia tidak terlalu sarat pada tangan anda walaupun dililit atau ditindan. Percaya pada diri untuk kekal bergaya walaupun rekaannya minimalis.

    Retro vintaj

    Bagi perempuan, gelang retro motif bunga seperti ini sesuai untuk si peminat gaya vintaj. Gelang ini kebiasaannya ringan walaupun dipakai secara bertindan. Ia boleh dipakai secara santai dan kasual. 

    Apa kata si pemakai? 

    Peminat gelang, Muhammad Azam, 24, berkata, koleksi gelang perlu ada baginya yang ingin nampak cantik dan maskulin tidak kira dalam acara apa sekalipun. Anak muda kelahiran Perak ini berkata, setiap bulan dia akan membeli dan membelek gelang di pasaran walaupun pada harga mahal.

    “Harga mahal atau murah itu bukan penghalang untuk saya nampak maskulin dan cantik dipandang oleh mereka di luar sana,” katanya yang minat memakai gelang sejak berusia 14 tahun.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lilitan Gelang Moden Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top