My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 16 May 2017

    Siapa Bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan?



    Isu ini memang akan sentiasa diperkatakan sehinggalah tiba musim Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Manakan tidak, sebuah pakatan parti politik pembangkang yang gah melaungkan usaha mereka mahu menyelamatkan Malaysia tetapi sehingga kini masih gagal mengemukakan 1 nama untuk di angkat sebagai Perdana Menteri. Pelik bukan?

    Mungkin bagi para penyokong Pakatan Harapan, isu membabitkan siapakah Perdana Menteri pilihan Pakatan Harapan andai mereka berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14, bukanlah isu besar yang mahu di perkatakan. Bagi mereka, siapa sahaja yang dilantik, mereka akan tetap sokong walaupun Perdana Menteri berkenaan bukanlah dari kaum Melayu seperti lazimnya.

    Namun bagi kebanyakan rakyat Malaysia, masing-masing tertunggu-tunggu, siapakah yang bakal diletakkan sebagai Perdana Menteri Malaysia sebaik sahaja Pakatan Harapan berkuasa kelak. Apa yang melucukan, sehingga kini, keempat-empat parti yang ada dalam Pakatan Harapan masih bertelagah apabila membicarakan tentang isu ini.

    Lihat sahaja bagaimana Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yang sehingga kini berkeras untuk meletakkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon pilihannya. Lain pula halnya dengan rakan seangkatan Anthony Loke, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu Tun Dr Mahathir dilantik semula sebagai Perdana Menteri atas alasan pengalaman yang dimilikinya.

    Bagi PPBM pula, dua nama diketengahkan sebagai calon pilihan. Dua calon berkenaan adalah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Ironinya, nama Mukhriz disokong kuat oleh Mahathir dan ini sekaligus meletakkan Muhyiddin sebagai orang asing dalam partinya sendiri.

    Hal yang sama turut berlaku di dalam PKR apabila setengah daripada ahli parti ini berpendapat, Datuk Seri Anwar wajar di lantik sebagai Perdana Menteri berikutan misi yang telah mereka lancarkan sejak 18 tahun yang lalu. Setengah lagi ahli parti ini percaya, Datuk Seri Azmin Ali adalah calon terbaik dari parti ini.

    Dalam hal ini, mudah untuk kita simpulkan bahawa, Pakatan Harapan sendiri masih terkial-kial untuk mencari Perdana Menteri yang mereka mahukan. Masing-masing hanya melihat kepada kepentingan politik masing-masing sahaja sehinggakan keperluan dan kemahuan rakyat mereka ketepikan.

    Masing-masing mempunyai agenda peribadi yang tersendiri dengan DAP jelas mahu mengawal segala urrus tadbir negara apabila awal-awal lagi telah meletakkan nama Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sesiapa sahaja yang bakal di calonkan, nama berkenaan tidak lebih dari sekadar boneka dengan penguasaan penuh akan diperolehi oleh DAP tanpa ada sebarang dakwa dakwi lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Siapa Bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top