My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 16 May 2017

    Tingkat Kawalan Di Pantai Sabah



    Polis kini mempertingkatkan kawalan di perairan Sabah selepas menerima laporan mengenai kehadiran sekumpulan lelaki bersenjata dan berpakaian celoreng dipercayai pengganas Sulu di Felda Sahabat 2, Lahad Datu semalam. 

    Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din (gambar kecil) berkata, polis sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan seorang pekerja ladang warga Filipina yang terdengar perbualan lima individu bersenjata di situ. “Benar, pihak polis ada menerima laporan berhubung perkara itu meskipun ia dibuat lewat daripada hari kejadian.

    “Polis tidak akan mengambil sambil lewa mengenai laporan tersebut. Pemeriksaan dan siasatan secara menyeluruh sedang dilakukan namun orang ramai jangan bimbang kerana keselamatan di semua kawasan termasuk di pantai timur Sabah masih terkawal,” katanya ketika dihubungi. 

    Sementara itu, sumber berkata, pekerja ladang berusia 52 tahun itu membuat laporan pada pukul 7.57 malam di Balai Polis Cenderawasih Lahad Datu selepas terdengar dan ternampak perbualan kumpulan terbabit ketika sedang membersihkan kebun pisang pada 30 April lalu.

    “Ketika mencari arah suara itu, dia terserempak dengan lima lelaki berseluar celoreng dan bersenjata. Lelaki itu kemudian memberitahu kehadiran mereka bukan untuk menyusahkan sebaliknya ingin menyelamatkan rakyat Sabah.

    “Mereka juga memberitahu seramai 37 individu dari Filipina telah mendarat di perairan tersebut dengan membawa dua laras M60 berkaki, dua unit M16 Double Body dan seunit M14 serta beg sandang bersaiz besar,” kata sumber itu lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tingkat Kawalan Di Pantai Sabah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top