My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 25 May 2017

    Simbolik 71 Lokasi Jelajah BiKUM



    Sebanyak 71 lokasi terpilih menjadi persinggahan Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) melalui program UMNO Bantu Rakyat yang bermula pada 19 Mei lalu. Pengerusi BiKUM, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata pemilihan sebanyak 71 lokasi bertepatan dengan usia UMNO menabur bakti kepada rakyat selama 71 tahun. 

    "UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah berhenti dalam memberi bantuan kepada rakyat negara ini. Selagi hayat dikandung badan, kita akan terus menabur bakti dalam membantu rakyat," katanya. Beliau berucap demikian ketika perasmian majlis program UMNO Bantu Rakyat di Dewan Baru Masyarakat Papar di sini hari ini.

    Hadir sama ialah Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Seri Abdul Rahim Ismail dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

    Dalam majlis berkenaan, Shamsul Anuar turut menyampaikan pelbagai bentuk sumbangan kepada tujuh bahagian UMNO iaitu Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Keningau, Pensiangan dan Tenom untuk diagihkan kepada golongan sasar di bahagian masing-masing.

    Beliau memberitahu, buat fasa pertama, BiKUM akan menjelajah sebanyak 21 lokasi di seluruh negara. Katanya, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, BiKUM akan meneruskan jelajah di 50 lokasi lagi dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat.

    Program UMNO Bantu Rakyat melibatkan Briged Bantuan Bencana UMNO, Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri, Ahli Jawatankuasa UMNO Malaysia dan ahli jawatan Biro Kebajikan akan mengunjungi 21 lokasi bermula Jumaat lalu sehingga 1 Jun depan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Simbolik 71 Lokasi Jelajah BiKUM Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top