AKIBAT gambar berpakaian seragam yang dikatakan ‘terlalu seksi’ menjadi tular, seorang jururawat sebuah hospital swasta di Isan, Thailand, terpaksa meletak jawatannya selepas ia tidak disenangi pihak pengurusan.
Gambar Parichat 'Pang' Chatsri, 26, berpakaian seragam jururawat yang agak ketat dengan skirt di atas lutut mengundang komen negatif di media sosial selepas disiarkan di laman web Thai Nurse Lovers Association.
Menurut Daily Mail, ada pengguna media sosial menuduhnya berpakaian tidak sopan dan mencalarkan profesion jururawat. Berikutan komen negatif itu, Parichat memohon maaf secara terbuka.
“Saya sudah memberi penjelasan kepada pihak pengurusan hospital namun mereka anggap kejadian itu merendahkan imej hospital. Saya faham dan tidak mahu ia diperbesarkan, jadi saya letak jawatan.
“Saya memohon maaf kepada semua Majlis Jururawat dan Bidan Thailand serta hospital,” katanya. Menurutnya, dia tidak mahu menimbulkan masalah dan bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
0 comments:
Post a Comment