My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 May 2017

    Bot Pancing Berpusing, Nelayan Terjatuh Ke Laut



    Penemuan sebuah bot pancing dalam keadaan berpusing-pusing di kedudukan 0.6 batu nautika perairan Tanjung Kubong di sini tanpa dikemudi juragan terjawab apabila pemandu bot terbabit ditemui selamat di pantai berhampiran petang tadi. 

    Mangsa, Alias Ahmad, 59, yang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika melakukan aktiviti memancing cuba berenang menyelamatkan diri sebelum dia diselamatkan seorang nelayan tempatan. 

    Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Daerah Labuan, Kapten Maritim Che Adnan Md. Isa berkata, bot pancing yang dilaporkan tidak mempunyai juragan mahupun awak-awak itu dikatakan hilang kawalan lalu berpusing-pusing sehingga menyebabkan pemandu bot terjatuh ke dalam laut.

    “Sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan sebuah bot peronda segera dikerahkan ke kawasan perairan terbabit pada pukul 1.30 petang bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

    "Sebaik sahaja tiba di sana pihak kami hanya menjumpai bot pancing itu, namun ia telah berhenti berpusing akibat kehabisan bahan bakar,” katanya sebentar tadi.

    Bagaimanapun, pada pukul 2.30 petang pihak APMM Daerah Labuan menerima laporan bahawa pemandu bot berkenaan ditemui selamat dalam keadaan tidak bermaya akibat kepenatan berenang untuk menyelamatkan diri. Dimaklumkan, mangsa kini stabil dan dihantar ke Hospital Nukleus Labuan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk rawatan lanjut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bot Pancing Berpusing, Nelayan Terjatuh Ke Laut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top