My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 4 November 2016

    Jika BERSIH Berdegil, Bersedialah Berhadapan Dengan Baju Merah



    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kelmarin, beliau dilaporkan melarang keras sebarang perhimpunan yang dirancang oleh mana-mana kumpulan di Dataran Merdeka 19 November ini.

    Malah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga mengeluarkan arahan yang sama, tidak membenarkan Dataran Merdeka dijadikan sebagai lokasi perhimpunan oleh BERSIH dan Gerakan Baju Merah.

    Namun begitu, menurut laporan Sinar Harian hari ini, penganjur BERSIH 5, Maria Chin Abdullah dilaporkan bertegas untuk meneruskan perhimpunan berkenaan di Dataran Meredeka seperti yang dijadualkan. Malah dengan angkuhnya, Maria dilaporkan berkata, polis tidak kata boleh berhimpun atau tidak, tapi pihaknya akan terus berhimpun seperti diumum sebelum ini.

    Malah, Maria turut memberikan senarai lokasi awal perhimpunan mereka iaitu di Dataran Maybank dan Masjid Negara sebelum menuju ke Dataran Merdeka. Namun begitu, dia memberitahu, BERSIH tidak akan masuk ke padang di Dataran Merdeka, sebaliknya hanya berada berhampiran kawasan itu.

    Katanya lagi, larangan dikeluarkan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya membabitkan Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut. Justeru BERSIH tidak akan masuk di dua kawasan ini bagi menghormati DBKL.

    Dalam perkembangan yang sama, ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunus memberi amaran, mereka akan tetap turun dan berada dimana sahaja lokasi BERSIH berada bagi menyekat pergerakan perhimpunan ini dari terus melakukan kerosakan di ibu negara.

    Ujar beliau, walaupun pihaknya menghormati arahan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, namun, ianya bukan halangan untuk mereka muncul sebaik sahaja BERSIH melancarkan perhimpunan mereka pada hari berkenaan.

    Seperti yang beliau selalu tegaskan, Baju Merah tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan pada hari berkenaan andai BERSIH juga membatalkan perhimpunan mereka. Namun, jika dilihat daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Maria semalam, Baju Merah tiada pilihan lain selain akan turun sama untuk berhadapan dan menyekat pergerakan BERSIH dimana sahaja lokasi pilihan mereka.

    Beliau juga menegaskan bahawa pihaknya turun padang bukannya disebabkan oleh tidak percaya dengan keupayaan pihak berkuasa. Namun BERSIH didakwa dengan sengaja akan mencetuskan provokasi dan melanggar undang-undang serta Akta Perhimpunan Aman.

    Ujarnya lagi, walaupun kumpulan baju merah dilabel sebagai gengster dan sebagainya, namun BERSIH secara jelas telah menghasut rakyat supaya tidak lagi mempercayai pimpinan kerajaan dan melabel Perdana Menteri sebagai zalim.

    Justeru, tiada salahnya untuk Baju Merah turun pada hari berkenaan jika BERSIH masih terus berdegil enggan membatalkan perhimpunan mereka. Jika BERSIH boleh sewenang-wenangnya mencabar undang-undang, Baju Merah juga mempunyai hak untuk membantah himpunan jahat seperti ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jika BERSIH Berdegil, Bersedialah Berhadapan Dengan Baju Merah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top