Polis Bangladesh semalam menahan puluhan pendatang Rohingya, sebahagiannya kanak-kanak dan berkata, mereka akan diusir walaupun berdepan dengan kekejaman tentera di Myanmar.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, 30,000 etnik Rohingya, penduduk minoriti Islam yang tidak diiktiraf sebagai warga negara oleh Myanmar, terpaksa melarikan diri dari kekejaman. Lebih 2,000 daripada mereka dipercayai menyeberang sempadan Bangladesh sejak beberapa hari lalu.

Kawalan keselamatan amat ketat di kedua-dua belah sempadan. Seorang wanita, Aleya Khatun, 38, yang cedera selepas terkena serpihan periuk api berkata, dia memasuki Bangladesh malam tadi bersama sembilan keluarga lain. Menurutnya, jirannya, Johra, terbunuh akibat letupan periuk api itu.

Tentera Myanmar mendakwa membunuh lebih 70 lelaki Rohingya di Rakhine dan menahan lebih 400 yang lain sejak melancarkan kekejaman kira-kira enam minggu lalu atas alasan memerangi keganasan. Bagaimanapun, aktivis berkata, jumlah itu jauh lebih tinggi.
0 comments:
Post a Comment