Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan menyelamatkan seekor kucing yang tersepit dalam enjin Perodua Myvi di Taman Vista Ilmu, di sini, jam 11.30 malam, kelmarin.
Kejadian disedari pemilik Perodua Myvi yang terdengar bunyi kucing ketika dia hendak menghidupkan enjin kereta berkenaan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, lelaki berusia 20-an itu kemudian memeriksa bahagian enjin sebelum mendapati kucing itu tersepit.
“Dia cuba mengeluarkan kucing namun gagal sebelum menghubungi kami bagi mendapatkan bantuan. “Enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 11.45 malam,” katanya, menambah kucing itu dapat diselamatkan jam 12.04 malam.
0 comments:
Post a Comment