Seorang anak menteri adalah antara 10 individu yang dikehendaki polis selepas bertindak menyerang Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad di pekarangan lobi Parlimen, pagi semalam. Dalam kejadian itu, Khalid didakwa nyaris ditumbuk kumpulan penyokong Ahli Parlimen Pasir Salak, Perak selain turut mencederakan pengawal keselamatan di Parlimen.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, kejadian disyaki berpunca lanjutan perselisihan faham dan ‘perang mulut’ di antara Khalid dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semasa perbahasan dalam persidangan di Parlimen.

“Individu terbabit yang dikehendaki adalah Mohd Rizal Shafie (790223-08- 5929), Ariffin Mohamed Ali (841130-080-5273), Hasnah Md Razali (680111-08- 6284), Erwan Halmi (801013-08-5913), Firdaus Tajuddin (820301-14-5785), Sapiah Aini Sulaiman (680812-08-5620), Norfirdaus Ahmad Zanian (861124-308-6027), Azmir Ahmad (751220-08-6553), Mohd Syaffek Mohd Saleh (88081138-7171) dan Mohd Faizal Saidina Omar (820123-5309),” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, semalam.
Amar turut menasihati orang ramai terutamanya penyokong parti, ahli politik atau mana-mana individu supaya tidak mengambil tindakan bertentangan dan menyalahi undang-undang. Jelasnya, tindakan tegas akan diambil terhadap individu cuba menggugat ketenteraman awam dan mencetuskan kekacauan.

Tolak menolak berlaku sambil kumpulan itu cuba merapati Khalid yang dikawal ketat anggota keselamatan Parlimen sebelum beberapa tumbukan dilepaskan ke arahnya.
0 comments:
Post a Comment