Seramai 7,000 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk mengawal perhimpunan haram Bersih 5.0 dan gerakan Baju Merah yang berlangsung di sekitar ibu negara hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim (gambar kecil) berkata, mereka akan mengambil tindakan mengikut situasi perhimpunan tersebut dan tidak akan teragak-agak untuk melakukan tangkapan jika ada peserta yang bertindak di luar batasan.
“Kami khuatir semasa perarakan sedang berlangsung esok (hari ini), terdapat pertembungan antara kumpulan Baju Kuning dan Baju Merah yang bakal mencetuskan pergaduhan.
“Oleh sebab itu, kesemua anggota diminta menjalankan tugas mereka bergantung kepada keadaan semasa. Jika ada yang bertindak di luar batasan, kita akan ambil tindakan drastik termasuk melakukan tangkapan,” katanya selepas merasmikan majlis Prebiu dan Pelancaran Buku Coffee Table Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Hotel Seri Pacific di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment