My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 18 November 2016

    Hidangan Crispy Tenders KFC Kembali Lagi

    Hidangan Crispy Tenders KFC kembali lagi

    KFC Malaysia membawakan kembali hidangan popular, Crispy Tenders ke seluruh negara atas sambutan yang menggalakkan sejak diperkenalkan pada awal tahun ini. Naib Presiden Kanan, Ling Mee Jiuan berkata, kepingan ayam yang rangup di luar dan empuk di dalam itu sangat popular dalam kalangan anak muda. 

    "Crispy Tenders mengekalkan rasa hebat ayam KFC dihasilkan daripada 100 peratus isi ayam tanpa tulang yang dihidangkan bersama sos krim masam dan bawang, merupakan kegemaran rakyat Malaysia.

    "Hidangan ini hanya boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan KFC seluruh negara bermula dari 15 November 2016," katanya. Menurutnya, golongan muda yang menggemari hidangan ini suka memadankannya dengan sos krim masam serta bawang yang lazat, dan ia mudah dinikmati di mana-mana sahaja.

    "Kami sangat berbangga dan gembira kerana dapat membawakannya kembali, khas untuk dinikmati oleh semua pelanggan. Crispy Tenders boleh didapati dalam bentuk 'a la carte' dan hidangan kombo sementara stok masih ada," katanya.

    Harga hidangan itu bermula RM5.50 bagi tiga ketul Crispy Tenders 'a la carte', manakala hidangan ‘6-pc Combo’ mengandungi enam ketul ayam Crispy Tenders.

    Sementara itu, hidangan sampingan boleh didapati dengan harga RM13.90 manakala Kombo Sensasi menggabungkan ayam KFC dan tiga ketul Crispy Tenders bersama hidangan sampingan hanya daripada RM11.90. Kesemua hidangan kombo didatangkan bersama minuman Lemonade Nestle serta sos krim masam dan bawang premium KFC.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hidangan Crispy Tenders KFC Kembali Lagi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top