Dengan menyifatkan penganjuran BERSIH 5 sebagai tiada matlamat jelas serta bertujuan politik, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut membidas penganjur BERSIH 5 yang menjadikan alasan mahu menuntut pilihan raya bersih dan adil sebagai hipokrit dan pengkhianat.
Ujar beliau, apa yang dituntut oleh BERSIH 5 ini hanyalah sekadar retorik politik sedangkan hasrat sebenar pihak penganjur yang berselindung disebalik imej NGO hanyalah untuk menumbangkan kerajaan sedia ada melalui demonstrasi jalanan.
Sebenarnya, langsung tiada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh kumpulan BERSIH 5 ini selain daripada timbunan sampah sarap serta sanggup memperbodohkan diri dengan menuntut sesuatu yang tidak mungkin akan dapat dilaksanakan jika mereka memahami apa itu sistem demokrasi.
Menurut Datuk Seri Liow lagi, rakyat perlu membuka mata dan berhati-hati dengan perjuangan mereka. Himpunan jalanan seperti ini hanya bertujuan menggangu kestabilan sosial yang telah wujud sejak sekian lama.
Beliau menegaskan, MCA menyokong Pilihan Raya yang bersih dan adil tetapi pembangkang yang diketuai DAP menggunakan BERSIH untuk dijadikan alat untuk mencapai matlamat peribadi yang jauh menyimpang dengan kehendak demokrasi. Malah beliau turut kesal apabila DAP mempergunakan kaum Cina untuk menjalankan propaganda jahat mereka.
Katanya, MCA tidak pernah mengajar ahlinya untuk turun ke jalanan bagi melawan sistem demokrasi yang ada pada hari ini. Walaupun hanya sekadar parti gabungan, namun seperti yang selalu ditegaskan oleh kebanyakan pemimpin MCA, parti berkenaan sentiasa memberikan komitmen 100 peratus terhadap Barisan Nasional dan mereka turut berharap, ahlinya berada di landasan yang sama dengan parti.
Sambil mengakui adalah menjadi tugas berat untuk MCA menarik sokongan kaum Cina kepada parti berkenaan, namun semua sayap parti sentiasa berusaha keras untuk menyedarkan kaum Cina yang terpesong pandangannya akibat hasutan DAP, untuk kembali kepada kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan semua kaum di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment