Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin bersetuju membayar wang penyelesaian sebanyak AS$25 juta (RM110 juta) bagi menutup kes undang-undang terhadap Universiti Trump, lapor agensi berita China, Xinhua. Perjanjian penyelesaian itu disahkan oleh Pejabat Peguam Negeri New York dan jurucakap Trump.
“Hari ini (kelmarin) perjanjian penyelesaian adalah kemenangan terbesar kepada lebih 6,000 orang mangsa penipuan universiti tersebut,” ujar jurucakap Peguam Negeri, Eric Schneiderman.

Stesen berita antarabangsa CNN memetik jurucakap Trump berkata, bahawa beliau memilih untuk menyelesaikan kes tersebut kerana mahu menumpukan kepada isu yang lebih penting berkaitan negara.
Jurucakap berkenaan bagaimanapun tidak menafikan Universiti Trump boleh memenangi kes itu jika dibicarakan. Schneiderman memberitahu, mangsa akan menerima ganti rugi sewajarnya, manakala Bandar Raya New York akan diberikan AS$1 juta (RM4.41juta) sebagai bayaran denda melanggar undang-undang pendidikan.
Seorang bapa, Robert Guillo, 76, berkata, dia menghabiskan AS$35,000 (RM154,000) untuk membayar kos anaknya menyertai kursus berkenaan. “Program itu benar-benar satu penipuan, dia tidak belajar apa-apa pun daripada apa yang ditawarkan,” kata Guillo.
0 comments:
Post a Comment