My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 26 November 2016

    Penjara, Denda Buli Staf MBSA



    Tindakan biadab sepasang suami isteri membuli seorang anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang mengeluarkan saman parkir kereta di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh kelmarin menerima balasan apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

    Majistret P. Sarulatha memutuskan hukuman itu selepas Lor Ka Hoo, 35, dan isterinya, Tan Sit Fun, 30, mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tujuh hari lagi jika gagal membayar denda. 

    Terdahulu dalam penghakimannya, Sarulatha berkata, hukuman yang diputuskan ke atas kedua-dua tertuduh adalah untuk memberi pengajaran kepada mereka dan masyarakat agar tidak bersikap biadab terhadap penjawat awam.

    “Pada masa ini kes-kes menghalang tugas kakitangan awam semakin menjadi-jadi, seperti dalam kes ini mangsa merupakan penjawat awam wanita yang diamanahkan untuk menjalankan kuasa seperti yang diperuntukkan namun penjawat awam ini diperlekehkan,” kata beliau.

    Mengikut pertuduhan, Ka Hoo dan Sit Fun yang merupakan pengusaha restoran didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas Nurul Ain Isa, 23, dengan niat menakut-nakutkan penjawat awam itu daripada menjalankan tanggungjawabnya. Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta awam di Jalan BRP 6/11, Bukit Rahman Putra pada pukul 10.30 pagi, Khamis lalu.

    Pertuduhan ke atas pasangan itu dibuat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Wee Li yang memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius selain ia menjadi viral.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penjara, Denda Buli Staf MBSA Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top