Pertembungan antara penyedia perkhidmatan teksi dan penyedia perkhidmatan Grab dan Uber sememangnya tidak pernah surut. Boleh dikatakan, hampir setiap bulan, pasti akan ada piket mahupun tunjuk perasaan ekcil bagi menyuarakan rasa tidak puas hati pengusaha teksi di ibu negara.
Semalam, beberapa penyedia perkhidmatan teksi di sekitar Putrajaya dan Selangor mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah perkhidmatan Uber dan Grab yang didakwa telah menyekat hasil pendapatan mereka setiap hari.

Mereka juga turut mendakwa, ada antara pemandu Uber dan Grabcar merupakan bekas pemandu teksi yang ditarik lesen dan permit memandu teksi atas kesalahan jalan raya dan jenayah. Jika dakwaan ini berasas, ia jelas membahayakan nyawa pengguna yang menggunakan perkhidmatan Grab dan Uber.
Dalam tunjuk perasaan kecil berkenaan, mereka turut mencadangkan kepada pihak SPAD melakukan penambahbaikan peranan pemandu teksi dengan diberikan orientasi, latihan atau bengkel serta imbuhan bagi menambah baik mutu perkhidmatan teksi.
Ujar mereka langkah tersebut dilihat bertepatan dengan motivasi semasa memandu kerana ada kalanya, seseorang itu tidak mempunyai pengalaman untuk menjadi pemandu teksi. Justeru, latihan yang baik perlu diberikan kepada mereka.
0 comments:
Post a Comment